Satu hari ada sekumpulan anak-anak masuk ke
dalam masjid untuk bermain perang-perangan..lalu Rasulullah bertanya...
Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?
Ya..jawab Aisyah..
Maka Rasulullah mendukung Aisyah dan berdiri di
ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aisyah
menempel pada pipi Rasulullah..
Setelah agak lama, Rasulullah bertanya..
Adakah kamu merasa puas?
Belum ya Rasul jawab Aisyah...
Maka Rasulullah kembali mendukung Aisyah dan
selang beberapa ketika, Rasulullah bertanya lagi hal yang sama..Aisyah masih
berikan jawapan yang sama..
Sebenarnya Aisyah tidak tertarik dengan
permainan anak-anaktadi tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan
isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah di
hati Rasulullah...
Suatu hari Rasulullah berkata kepada Aisyah..
Wahai Aisyah, sesungguhnya aku tahu bila kamu
gembira dan bila kamu marah padaku..
Setelah mendengar ucapan Rasulullah, Aisyah
bertanya..
bagaimana engkau tahu?
Jawab Rasulullah..Jika kamu gembira, kamu akan
berkata..tidak, Demi Tuhan yang mengutus Muhammad. Apabila kamu marah..kamu
akan berkata..tidak, demi Tuhan yang mengutus Ibrahim
Kemudian Aisyah berkata..Memang benar, ya
Rasul. Tapi demi Allah, sesungguhnya aku tidak meninggalkan diri mu wahai
Rasulullah kecuali namamu sahaja..
Meskipun Rasulullah tahu Aisyah sedang marah
padanya, namun Baginda tidak membalas dengan memarahi Aisyah..tapi dari
kata-kata Rasulullah tersebut ada kesan ingin menggoda Aisyah..Baginda ingin
segera menghilangkan masalah yang membuat Aisyah marah..
Aisyah pernah meminta Rasulullah agar berdoa
untuk beliau..
Ya Rasul, doakan lah aku.
Kemudian Rasulullah pun berdoa dengan berkata :
اللّهمّ اغفر للعا ئشة ما تقدّم وما تأخَّر
ظاهرًاوباطنًا.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa Aisyah, baik dosa
yang telah lalu maupun yang akan datang, dosa yang terang maupun yang
tersembunyi".
Aisyah ketawa gembira mendengar doa Rasulullah
lalu Rasulullah bertanya..
Ya Aisyah, adakah kamu gembira dengan doaku
tadi
Sudah tentu..bagaiman mungkin aku tidak bahagia
dengan doamu ya Rasul jawab Aisyah..
Waktu itu aku sedang haid..aku minum pada
sebuah gelas lalu memberikannya kepada Rasulullah..lalu Baginda segera
mengambilnya dan meletakkan mulutnya pada bibir gelas tempat aku meletakkan
mulutku dan meminumnya.pada hari lain..aku juga sedang haid..aku mengigit
daging pada tulang lalu aku berikan kepada Rasulullah...kemudian Baginda
meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut..
Aku
tidur si samping Rasulullah..kedua kakiku mengarah ke kiblatnya. Jika Baginda
sujud, Baginda menyentuh kakiku. Lalu aku menarik kedua kakiku..dan ketika
Baginda berdiri aku menjulurkan kakiku kembali..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar