Syekh Abdul Qadir Jailani adalah imam yang zuhud dari kalangan sufi. Beliau lahir tahun
470 H di Baghdad dan mendirikan tariqat al-Qadiriyah. Diantara tulisan beliau
antara lain kitab Al-Fathu Ar-Rabbani, Al-Ghunyah li Thalibi Thariq Al-Haq dan
Futuh Al-Ghaib. Tahun wafat beliau tercatat tahun 561 H bertepatan dengan 1166
M. Beliau adalah seorang yang sholih . Bila dirunut ke atas dari nasabnya,
beliau masih keturunan dari Ali bin Abi Talib. Nama lengkap beliau adalah Abu
Shalih Sayidi Abdul Qodir bin Musa bin Abdullah bin Yahya Az-zahid bin Muhammad
bin Dawud bin Musa Al-Jun bin Abdullah Al-Mahdhi bin Hasan al-Mutsana bin
Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib ra.
Jumlah karomah yang
dimiliki oleh Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani banyak sekali:
Syaikh Abil Abbas Ahmad
ibn Muhammad ibn Ahmad al-Urasyi al-Jily:
Pada suatu hari, aku
telah menghadiri majlis Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani beserta murid-muridnya
yang lain. Tiba-tiba, muncul seekor ular besar di pangkuan Asy-Syaikh Abdul
Qodir Al-Jailani. Maka orang ramai yang hadir di majlis itu pun berlari
tunggang langgang, ketakutan. Tetapi Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani hanya
duduk dengan tenang saja. Kemudian ular itu pun masuk ke dalam baju Asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jailani dan merayap-rayap di badannya. Setelah itu, ular itu
telah naik pula ke lehernya. Namun, Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani masih
tetap tenang dan tidak berubah keadaan duduknya. Setelah beberapa waktu
berlalu, turunlah ular itu dari badan asy-Syaikh dan ia telah seperti bicara
dengan Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani. Setelah itu, ular itu pun ghaib. Kami
pun bertanya kepada Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani tentang apa yang telah
dipertuturkan oleh ular itu. Menurut beliau ular itu telah berkata bahwa dia
telah menguji wali-wali Allah yang lain, tetapi dia tidak pernah bertemu dengan
seorang pun yang setenang dan sehebat Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani .
Pada suatu hari, ketika
asy-Syaikh sedang mengajar murid-muridnya di dalam sebuah majlis, seekor burung
telah terbang di udara di atas majlis itu sambil mengeluarkan satu bunyi yang
telah mengganggu majlis itu. Maka Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani pun
berkata, “Wahai angin, ambil kepala burung itu.” Seketika itu juga, burung itu
telah jatuh ke atas majlis itu, dalam keadaan kepalanya telah terputus dari
badannya.
Setelah melihat keadaan
burung itu, Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani pun turun dari kursi tingginya
dan mengambil badan burung itu, lalu disambungkan kepala burung itu ke
badannya. Kemudian Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani telah berkata,
“Bismillaahirrahmaanirrahim.” Dengan serta-merta burung itu telah hidup kembali
dan terus terbang dari tangan asy-Syaikh.
Maka takjublah para
hadirin di majlis itu karena melihat kebesaran Allah yang telah ditunjukkanNya
melalui tangan Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani.
Telah diceritakan di
dalam sebuah riwayat:
Pada suatu hari, di dalam
tahun 537 Hijrah,seorang lelaki dari kota Baghdad (dikatakan oleh setengah
perawi bahawa lelaki itu bernama Abu Sa‘id ‘Abdullah ibn Ahmad ibn ‘Ali ibn
Muhammad al-Baghdadi) telah datang bertemu dengan Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani,
berkata, bahwa dia mempunyai seorang anak gadis cantik berumur enam belas tahun
bernama Fatimah. Anak gadisnya itu telah diculik (diterbangkan) dari
atas anjung rumahnya oleh seorang jin. Maka Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani pun
menyuruh lelaki itu pergi pada malam hari itu, ke suatu tempat bekas rumah
roboh, di satu kawasan lama di kota Baghdad bernama al-Karkh.
“Carilah bonggol yang
kelima, dan duduklah di situ. Kemudian, gariskan satu bulatan sekelilingmu di
atas tanah. Kala engkau membuat garisan, ucapkanlah “Bismillah, dan di atas
niat Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani” Apabila malam telah gelap, engkau akan
didatangi oleh beberapa kumpulan jin, dengan berbagai-macam rupa dan bentuk.
Janganlah engkau takut. Apabila waktu hampir terbit fajar, akan datang pula
raja jin dengan segala angkatannya yang besar. Dia akan bertanya hajatmu.
Katakan kepadanya yang aku telah menyuruh engkau datang bertemu dengannya.
Kemudian ceritakanlah kepadanya tentang kejadian yang telah menimpa anak perempuanmu
itu.”
Lelaki itu pun pergi ke
tempat itu dan melaksanakan arahan Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani itu.
Beberapa waktu kemudian, datanglah jin-jin yang coba menakut-nakutkan lelaki
itu, tetapi jin-jin itu tidak berkuasa untuk melintasi garis bulatan itu.
Jin-jin itu telah datang bergilir-gilir, yakni satu kumpulan selepas satu
kumpulan. Dan akhirnya, Datanglah raja jin yang sedang menunggang seekor kuda
dan telah disertai oleh satu angkatan yang besar dan hebat rupanya.
Raja jin itu telah
memberhentikan kudanya di luar garis bulatan itu dan telah bertanya kepada
lelaki itu, “Wahai manusia, apakah hajatmu?”Lelaki itu telah menjawab, “Aku
telah disuruh oleh Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani untuk bertemu denganmu.”
Begitu mendengar nama Asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jailani diucapkan oleh lelaki itu, raja jin itu segera turun
dari kudanya dan terus mengucup bumi. Kemudian raja jin itu telah duduk di atas
bumi, disertai dengan seluruh anggota rombongannya. Sesudah itu, raja jin itu lalu
menanyakan masalah lelaki itu. Lelaki itu pun menceritakan kisah anak daranya
yang telah diculik oleh seorang jin. Setelah mendengar cerita lelaki itu, raja
jin itu pun memerintahkan agar dicari si jin yang bersalah itu. Beberapa waktu
kemudian, telah dibawa ke hadapan raja jin itu, seorang jin lelaki dari negara
Cina bersama-sama dengan anak dara manusia yang telah diculiknya. Raja jin itu lalu
bertanya, “Kenapakah engkau curi anak dara manusia ini? Tidakkah engkau tahu
yang bahwasanya dia ini berada di bawah naungan al-Quthb Asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jailani?”
Jin lelaki dari negara
Cina itu mengatakan bahwa dia telah jatuh berahi dengan anak dara manusia itu.
Raja jin itu pun lalu memerintahkan agar dipulangkan gadis itu kepada bapaknya,
dan jin dari negara Cina itu pun dikenakan hukuman pancung kepala. Lelaki itu
pun mengatakan rasa takjubnya dengan segala perbuatan raja jin itu, yang sangat
patuh kepada Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani.
Raja jin itu berkata,
“Sudah tentu, karena Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani boleh melihat dari
rumahnya semua kelakuan jin-jin yang jahat.
Dan mereka semua sedang
berada di sejauh-jauh tempat di atas bumi, karena telah lari dari sebab
kehebatannya. Allah Ta’ala telah menjadikan Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani bukan
saja al-Qutb bagi umat manusia, bahkan juga ke atas seluruh bangsa jin.”
Telah bercerita
asy-Syaikh Abi ‘Umar ‘Uthman dan asy-Syaikh Abu Muhammad ‘Abdul Haqq
al-Huraimy: Pada 3 hari bulan Safar, kami berada di sisi Asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jailani Pada waktu itu, Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani sedang mengambil
wudhu dan memakai sepasang terompah. Setelah selesai menunaikan solat dua
rakaat, dia telah berteriak keras dengan tiba-tiba, dan melemparkan salah satu
dari terompah-terompah itu dengan sekuat tenaga sampai tak nampak lagi oleh
mata. Selepas itu, dia berteriak keras sekali lagi, lalu melemparkan terompah
yang satu lagi. Kami yang berada di situ, telah melihat dengan ketakjubannya,
tetapi tidak ada seorang pun yang telah berani menanyakan maksud semua itu. Dua
puluh tiga hari kemudian, sebuah kafilah telah datang untuk menziarahi Asy-Syaikh
‘Abdul Qadir al-Jailany. Mereka (yakni para anggota kafilah itu) telah membawa
hadiah-hadiah untuknya, termasuk baju, emas dan perak. Dan yang anehnya,
termasuk juga sepasang terompah. Apabila kami amat-amati, kami lihat
terompah-terompah itu adalah terompah-terompah yang pernah dipakai oleh Asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jailani pada satu masa dahulu. Kami pun bertanya kepada
ahli-ahli kafilah itu, dari manakah datangnya sepasang terompah itu. Inilah
cerita mereka:
Pada 3 hari bulan Safar
yang lalu, ketika kami sedang di dalam satu perjalanan, kami telah
diserang oleh satu
kumpulan perompak. Mereka telah merampas kesemua barang-barang kami dan telah
membawa barang-barang yang mereka rampas itu ke satu lembah untuk
dibagi-bagikan di antara mereka. Kami pun berbincang sesama sendiri dan telah mencapai
satu keputusan. Kami lalu menyeru Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani agar
menolong kami. Kami juga telah bernazar apabila kami sudah selamat, kami akan
memberinya beberapa hadiah. Tiba-tiba, kami terdengar satu jeritan yang amat
kuat, sehingga
menggegarkan lembah itu dan kami lihat di udara ada satu benda yang sedang
melayang dengan sangat laju sekali. Beberapa waktu kemudian, terdengar satu
lagi bunyi yang sama dan kami lihat satu lagi benda seumpama tadi yang sedang
melayang ke arah yang sama. Selepas itu, kami telah melihat perompak-perompak itu
berlari lintang-pukang dari tempat mereka sedang membagi-bagikan harta rampasan
itu dan telah meminta kami mengambil balik harta kami,karena mereka telah
ditimpa satu kecelakaan. Kami pun pergi ke tempat itu. Kami lihat kedua orang
pemimpin perompak itu telah mati. Di sisi mereka pula, ada sepasang terompah.
Inilah terompah-terompah itu.
Telah bercerita Asy-Syaikh
Abduh Hamad ibn Hammam:
Pada mulanya aku memang
tidak suka kepada Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani. Walaupun aku merupakan
seorang saudagar yang paling kaya di kota Baghdad waktu itu, aku tidak pernah
merasa tenteram ataupun berpuas hati.Pada suatu hari, aku telah pergi
menunaikan solat Jum’at. Ketika itu, aku tidak mempercayai tentang
cerita-cerita karomah yang dikaitkan pada Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani.
Sesampainya aku
di masjid itu, aku dapati
beliau telah ramai dengan jamaah. Aku mencari tempat yang tidak terlalu ramai,
dan kudapati betul-betul di hadapan mimbar.
Di kala itu, Asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jailani baru saja mulai untuk khutbah Jumaat. Ada beberapa
perkara yang disentuh oleh Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani yang telah
menyinggung perasaanku.Tiba-tiba, aku terasa hendak buang air besar. Untuk
keluar dari masjid itu memang sukar dan agak mustahil. Dan aku dihantui
perasaan gelisah dan
malu, takut-takut aku
buang air besar di sana di depan orang banyak. Dan kemarahanku terhadap Asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jailani pun bertambah dan memuncak.
Pada saat itu, Asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jailani telah turun dari atas mimbar itu dan telah berdiri di
hadapanku. Sambil beliau terus memberikan khutbah, beliau telah menutup tubuhku
dengan jubahnya. Tiba-tiba aku sedang berada di satu tempat yang lain, yakni di
satu lembah hijau yang sangat indah. Aku lihat sebuah anak sungai sedang
mengalir perlahan di situ dan keadaan sekelilingnya sunyi sepi, tanpa kehadiran
seorang manusia. Aku pergi membuang air besar. Setelah selesai, aku mengambil
wudlu. Apabila aku sedang berniat untuk pergi bersolat, dan tiba-tiba diriku
telah berada ditempat semula di bawah jubah Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani.
Dia telah mengangkat jubahnya dan
menaiki kembali tangga
mimbar itu.
Aku sungguh-sungguh
merasa terkejut. Bukan karena perutku sudah merasa lega, tetapi juga keadaan
hatiku. Segala perasaan marah, ketidakpuasan hati, dan perasaan-perasaan jahat
yang lain, semuanya telah hilang. Selepas sembahyang Jum’at berakhir, aku pun
pulang ke rumah. Di dalam perjalanan, aku menyadari bahwa kunci rumahku telah
hilang. Dan aku kembali ke masjid untuk mencarinya. Begitu lama aku mencari,
tetapi tidak aku temukan, terpaksa aku menyuruh
tukang kunci untuk
membuat kunci yang baru.Pada keesokan harinya, aku telah meninggalkan Baghdad
dengan rombonganku karena urusan perniagaan. Tiga hari kemudian, kami telah
melewati satu lembah yang sangat indah.
Seolah-olah ada satu
kuasa ajaib yang telah menarikku untuk pergi ke sebuah anak sungai. Barulah aku
teringat bahwa aku pernah pergi ke sana untuk buang air besar, beberapa hari
sebelum itu. Aku mandi di anak sungai itu. Ketika aku sedang mengambil jubahku,
aku telah temukan kembali kunciku, yang rupa-rupanya telah tertinggal dan telah
tersangkut pada sebatang dahan di situ.
Setelah aku sampai di
Baghdad, aku menemui Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani dan menjadi anak
muridnya.
Telah bercerita
asy-Syaikh ‘Adi ibn Musafir al-Hakkar:
Aku pernah berada di
antara ribuan hadirin yang telah berkumpul untuk mendengar pengajian
asy-Syaikh. Ketika Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani sedang berbicara,
tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Beberapa orang pun berlari meninggalkan
tempat itu. Langit kala itu sedang diliputi awan hitam yang menandakan hujan
akan terus turun dengan lebat. Aku melihat Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani mendongak
ke langit dan
mengangkat tangannya
serta berdoa, “Ya Robbi! Aku telah mengumpulkan manusia karenaMu, adakah kini
Engkau akan menghalau mereka daripadaku?”
Setelah Asy-Syaikh Abdul
Qodir Al-Jailani berdoa, hujan pun berhenti. Tidak setitik hujan yang jatuh ke
atas kami, pada hal di sekeliling kami hujan masih terus turun dengan
deras.Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:
Pada suatu hari,
isteri-isteri Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani telah bertemu dengannya dan
telah berkata, “Wahai suami kami yang terhormat, anak lelaki kecil kita telah
meninggal dunia. Namun kami tidak melihat setitik air mata pun yang mengalir
dari mata kekanda dan tidak pula kekanda menunjukkan tanda kesedihan. Tidakkah
kekanda
menyimpan rasa belas
kasihan terhadap anak lelaki kita, yang merupakan sebagian darah daging kekanda
sendiri? Kami semua sedang dirundung kesedihan,namun kekanda masih juga
meneruskan pekerjaan biasa kekanda, seolah-olah tiada sesuatu pun yang telah
berlaku. Kekanda adalah pemimpin dan pelindung kami di dunia dan di akhirat.
Tetapi
jika hati kekanda telah
menjadi keras sehingga tiada lagi menyimpan rasa belas kasihan, bagaimana kami
dapat bergantung kepada kekanda di Hari Pembalasan kelak?”
Maka berkatalah Asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jailani “Wahai isteri-isteriku yang tercinta! Janganlah kamu
semua menyangka hatiku ini keras. Aku menyimpan rasa belas kasihan di hatiku
terhadap seluruh makhluk, sampai terhadap orang-orang kafir dan juga terhadap
anjing-anjing yang menggigitku. Aku berdoa kepada Allah agar anjing-anjing itu
berhenti menggigit,
bukanlah karena aku takut digigit, tetapi aku takut nanti manusia lain akan
melontar anjing-anjing itu dengan batu. Tidakkah kamu mengetahui bahwa aku
mewarisi sifat belas kasihan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, yang
telah diutus Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam?”
Maka wanita-wanita itu
telah berkata pula, “Kalau benar kekanda mempunyai rasa belas kasihan terhadap
seluruh makhluk Allah, sampai kepada anjing-anjing yang menggigit kekanda,
kenapa kekanda tidak menunjukkan rasa sedih atas kehilangan anak lelaki kita
yang telah meninggal ini?”
Asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jailani pun menjawab, “Wahai isteri-isteriku yang sedang berdukacita, kamu
semua menangis karena kamu semua merasa telah berpisah daripada anak lelaki
kita yang kamu semua sayangi. Tetapi aku sentiasa bersama dengan orang-orang
yang aku sayangi. Kamu semua telah melihat anak lelaki kita di dalam satu ilusi
yang disebut dunia. Kini, dia telah meninggalkannya lalu berpindah ke satu
tempat yang lain. Allah telah berfirman (Surat al-adid, ayat 20):
“dan tiadaklah kehidupan
dunia ini melainkan hanyalah satu ilusi saja.” Memang dunia ini adalah satu
ilusi, untuk mereka yang sedang terlena. Tetapi aku tidak terlena – aku melihat
dan waspada. Aku telah melihat anak lelaki kita sedang berada di dalam bulatan
masa, dan kini dia telah keluar darinya. Namun aku masih dapat melihatnya. Dia
kini berada di sisiku. Dia sedang bermain-main di sekelilingku, sebagaimana
yang pernah dia lakukan pada masa dahulu. Sesungguhnya, jika seseorang itu
dapat melihat Kebenaran melalui mata hatinya, sama dengan yang dilihatnya masih
hidup ataupun sudah mati, maka Kebenaran itu tetap tidak akan hilang.”
Telah diceritakan di
dalam sebuah riwayat: Pada suatu hari, Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani
berjalan-jalan dengan beberapa muridnya di padang pasir. Waktu itu hari sangat
panas, dan mereka sedang berpuasa. Oleh itu mereka merasa letih dan dahaga.
Tiba-tiba, sekumpulan
awan muncul, yang melindungi mereka dari panas terik matahari. Setelah itu,
sebatang pohon kurma dan sebuah kolam air muncul di hadapan mereka. Mereka
telah terpesona. Kemudian satu cahaya besar yang berkilauan, telah muncul dari
celah awan di hadapan mereka dan kedengaranlah satu suara dari dalamnya yang
telah
berkata, “Wahai ‘Abdul
Qadir, akulah Tuhanmu. Makan dan minumlah, karena pada hari ini, telah aku
halalkan untuk engkau apa yang telah aku haramkan untuk orang-orang lain.” Asy-Syaikh
Abdul Qodir Al-Jailani pun melihat ke arah cahaya itu dan berkata, “Aku
berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.”
Tiba-tiba, cahaya, pohon
kurma dan kolam itu semuanya hilang dari pandangan mata. Maka kelihatanlah
Iblis di hadapan mereka dengan bentuk rupanya yang asli.
Iblis bertanya, “Bagaimanakah
engkau dapat mengetahui itu sebenarnya adalah aku?”
Asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jailani telah menjawab, “Syariat itu sudah sempurna, dan tidak akan berubah
sampai Hari Kiamat. Allah tidak akan mengubah yang haram kepada yang halal,
walaupun untuk orang-orang yang menjadi pilihanNya (waliNya).”
Maka Iblis pun berkata
lagi untuk menguji Asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani “Aku telah mampu menipu 70
kaum daripada golongan as-salikin (yakni orang-orang yang menempuh jalan
kerohanian) dengan cara ini. Ilmu yang engkau miliki lebih luas
daripada ilmu mereka.
Apakah hanya ini jumlah pengikutmu? Sudah sepatutnya semua penduduk bumi ini
menjadi pengikutmu, karena ilmumu menyamai ilmu para nabi.”
Asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jailani menjawab, “Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar, Yang
Maha Mengetahui, daripada engkau. Bukanlah karena ilmuku aku terselamat, tetapi
karena rahmat daripada Allah, Pengatur sekelian alam.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar