Senin, 25 Januari 2016

15 RAHSIA KEAJAIBAN KA’BAH YANG PERLU DIKETAHUI



Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui banyak orang tentang struktur Ka’bah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai gravitasi paling stabil.
2. Tekanan gravitasinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan gravitasi yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. gravitasi tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mau terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Ka’bah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Ka’bah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Ka’bah kerana tekanan gravitasi yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitasinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidil haram walaupun di tempat yang terbuka tanpa penutup atap pun masih terasa sejuk.
9. Ka’bah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib karena di situ sebagai pusat Bumi,Energi, Gravitasi, Zone Magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Ka’bah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Ka’bah arah lawan jarum jam memberikan Energi yang kuat bagi Alam Semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikuti lawan jarum jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jarum jam. Justeru dengan mengelilingi Ka’bah mengikut lawan Jarum jam, bermakna peredaran darah di dalam tubuh meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan energi. Sebab itulah orang yang berada di Mekah senantiasa bertenaga, sehat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhitung atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali putaran sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhitung jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Ka’abah. Sebab itu lah selesai melakukan haji kita seperti dilahirkan kembali sebagai manusia baru karena segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahasia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)
sumber -Jzulhilmi hashim

Tidak ada komentar:

Posting Komentar